CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 10

assalamualaikum,,,,

lama sungguh awok x update blog nie....nak kate sibuk xlah juga tp ntahlah jari nie sukar untuk menaip perkataan raudhatulazima.blogspot.com....hehehehe:-) biasalah dh tua-tua gini ...maleh dh nk berblog2....eh tua ke...kikiki tua lah juga tp xdelah tua sangat...tua2 tp masih bergetah...kakakakakak..:-)

minggu nie adalah minggu terakhir cuti sekolah..bermakna isnin nie kembali ke sekolah!!!!huhuhuhuhu....maka genaplah 4 minggu awok bergelar guru pelatih....ada sepuluh minggu lagi awok kene ikat sebagai guru pelatih....waktu praktikal nie kene wat betul2..ini lah penetu kepada layakkah awok nie jd cikgu....hehehehe:-)

awok nie sebenarnya susah hati sekarang.....sob sob sob...ekonomi kehidupan semakin susut....awok nak mintak bantuan pengunjung-pengunjung blog ada x cara untuk kita tingkatkn ekonomi kehidupan kita.... kadang-kadang disebabkn perkara ini kita boleh bergaduh dan bermusuhan....awok xnklah jadi mcm gitu...awok nk hidup tenang dan aman....huhuhuhuhu...

Monday, December 27

5 TiP DiDik AnAk CarA SunnAH




TIPS 1:


Makanan & makan cara sunnah.

Bermula dari dalam rahim lagi, berilah makanan yang baik-baik untuk isteri. Isteri saya minum jus tok guru. Lebih baik makan terus kurma, kismis dan makanan-makanan sunnah terutamanya susu. Untuk anak kita, lahir sahaja taknik dengan kurma dan air zam-zam. Setiap kali makan kita bacakan doa, guna tangan kanan. Bila anak dah pandai pegang, ajar pegang makanan tangan kanan. Pengalaman anak saya kuat tangan kiri, jadi semua nak pegang tangan kiri. Jadi, latihan berterusan perlu diberi. Bukan marah berterusan... sabar, sabar sangat penting. OK. Komen jika ada cadangan. Ooops, belum habis lagi. Tips seterusnya untuk semua.

TIPS 2:

Dengarkan bacaan alQuran

Ambil masa baca alQuran. Bawa anak bersama-sama walaupun sangat susah mengawalnya. Biasalah anak-anak nak capai semua. Lagi baik, baca sahaja surah-surah pendek dan riba anak. Bila anak dah tidur baca surah al-ikhlas dan hembus di ubun-ubun. Doakan supaya berkekalan imannya. Bila dah boleh pegang, beri peluang anak pegang dan buka alQuran dengan kawalan. Anak saya suka buka alQuran/ buku dan apa yang boleh dibuka termasuk almari. Jadi gunakan ini untuk anak kita buka alQuran kerana ia satu kebaikan.


TIPS 3:

Ajarkan zikir

Sentiasa zikir, biasakan lidah dengan ucapan zikir, seperti alhandulillah bila dapat sesuatu yang baik. Subhanallah bila melihat sesuatu yang menabjubkan. Tidak pun salah bila duduk saja-saja, sebutkan tasbihat sambil buat gerakan macam orang tahlil. Hehehe seronok bila melihat anak ikut sama walaupun belum pandai sebut.


TIPS 4:

Bacakan doa

Anak belum pandai baca, tapi apa yang kita baca akan dia ingat... Betulkan? Try and error tidak salah dalam perkara ini. Jadi bila makan, suapkan anak makanan, maka baca doa kuat-kuat. Nak keluar rumah baca doa. Naik kenderaan baca doa. Pakaikan baju baca doa, buka baju baca doa. Berapa banyak doa? Semua doa yang kita tahu, kalau tidak baca bismillah. Tapi tak cukup itu sahaja, ambillah masa belajar doa. Bapa/ibu hebat akan belajar untuk anak, InsyaAllah anaknya rajin belajar.


TIPS 5:

Tunjukkan wuduk & solat

Ini yang saya buat... bila ambil wuduk, saya wudukkan sekali anak saya. [dah 1 tahun, suka ikut ke mana-mana hehehe]. Suka sangat-sangat anak saya. Tak tahulah suka main air atau suka ambil wuduk. Saudaraboleh jawab kan. Tapi selepas beberapa kali, dia dah pandai hulurkan kaki untuk di basuh. Subhanallah... something feeling in heart. Tak tau nak explain. Solat sunat buat depan anak, biarlah dia panjat, pegang dll. Cucu Nabi Muhammad s.a.w. bermain -main ketika nabi solat. Sehingga sekali sujud lama sekali kerana cucunya bertenggek atas tengkuk. Buatlah dan rasailah sendiri. Satu perasaan yang luar biasa diberi oleh Allah. Tak boleh nak beli kat kedai...


Kesimpulannya... kebayakan tips adalah dari pengalaman. Anak dah besar, saya tak tahu. boleh baca buku atau cari bahan-bahan berkaitan. InsyaAllah boleh juga wujudkan topik di forum. Tinggalkan apa komen untuk saya belajar lagi.


Jazakallah.

saBAr


Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)

Secara umumnya kita semua maklum apa itu yang dikatakan sabar.Tidak perlu kita menta'rifkannya secara terperinci.Bukan sekali dua sifat yang mulia ini kita temui di dalam kitab suci Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Malahan setiap ketika kita mengucapkannya kepada teman-teman kita atau sesiapa sahaja bila mana mereka ini ditimpa oleh sesuatu perkara yang tidak diingini .Hatta terhadap diri kita sendiri pun sifat ini akan terlintas di hati bila perkara yang sama berlaku terhadap diri kita.Secara kesimpulannya sifat ini merupakan salah satu sifat yang dihimpunkan di dalam sifat-sifat " Mahmudah" .

Banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan kepada kita betapa ganjaran,kelebihan dan kebaikan yang Allah s.w.t.
anugerahkan kepada hambanya apabila sifat ini dapat ditakluki secara sempurna yang mungkin.Sebagaimana terdapat hadis Rasulullah s.a.w.
yang menyatakan kebaikan sabar ini sebagaimana sabdanya : Yang bermaksud : Bersabar terhadap perkara yang dibenci itu terkandung di sana kebaikan yang banyak .

dan telah bersabda Nabi s.a.w. kepada Ibnu Abbas radhiallahu anhu : Sememangnya sifat ini Allah s.w.t.telah membekalkan kepada setiap hambanya samada yang mukminnya mahu pun yang kafirnya. Pokoknya penguasaan sifat sabar ini sehingga ke tahap mana kita sebagai makhluk Allah s.w.t.sudah tentu tidak mampu untuk mengukurnya kecuali Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui.