CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 25

MARI KITA MENCUBA " SCORE A "


Assalamualaikum ...salam ukhwah kepada semua pengunjung2 blog..rasanya sudah lama saya menyepi kononnya sibuk tapi tidak lah sesibuk mana pun hehehehe....disini saya ingin berkongsi sedikit informasi yang kini sedang tersebar luas dimerata tempat... kepada mereka yang sedang runsing memikirkan tentang orang tersayang berhubung dengan prestasi pembelajaran yang agak kurang memuaskan memandangkan peperiksaan semakin kunjung tiba... saya ingin mencadangkan kepada mereka2 yang mempunyai masalah ini untuk membuka sedikit mata dan mencuba satu program yang diyakini dapat mempertingkatkan prestasi pembelajaran insan yang tersayang...apa yang di maksudkan ialah kerajaan Malaysia telah mengiktirafkan satu produk pembelajaran yang mampu meningkatkan prestasi pembelajaran, program tersebut digelar " SCORE A" ... program Score A ini berbeza dengan program yang terdapat didalam surat khabar Utusan...marilah kita sama-sama mencuba...:-)


Friday, January 15

PESANAN RASULULLAH


Pesan dan berpesan antara kita....
SEBELUM TIDUR


Tafsir Haqqi) Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


'Bertanya Aisyah : 'Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? 'Rasul tersenyum dan bersabda : 'Jika engkau tidur bacalah :
1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi
kamu.
4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah'

0151 Sajak - Pesanan Berat Imam al-Ghazali RH, Khusus Buat Para Pejuang Kebenaran

  • Jika engkau mahu mengikut petunjuk para Imam, kuatkanlah dirimu untuk menerima musibah-musibah dengan jiwa yang tabah, sewaktu menghadapi setiap kepahitan, dan dengan hati yang sabar, walaupun dadamu bergoncang.
  • Lisanmu dikunci, matamu dikendalikan, rahsiamu disembunyikan hanya untuk diketahui oleh Tuhanmu sahaja.
  • Namamu biar tidak terkenal, pintu rumahmu tertutup rapat, bibirmu tersenyum, perutmu kelaparan, hatimu terluka, pasarmu tiada sambutan, pangkatmu dipendam dan keaibanmu ditonjolkan.
  • Setiap hari kamu menelan rasa pahit daripada pengaruh zaman dan teman, sedangkan hatimu menurut dalam sedar.
  • Pada waktu siang, kamu sibuk mengislahkan manusia tanpa berkira-kira. Malam pula kamu tenggelam dalam keasyikan kepada Tuhan.
  • Ambillah kesempatan pada waktu malam. Jadikannya jalan dan persiapan untuk hari kiamat yang padanya sukar sekali untuk mencari jalan.”